Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

Tuesday, February 9, 2016

CARA MENULIS ULASAN JURNAL


1. Fahami apa yang dimaksudkan dengan ulasan artikel.


  • Ketika menulis ulasan artikel, anda akan merangkumi aspek-aspek utama, perbincangan, posisi, dan temuan, Seterusnya aktivii mengkritik kandungan artikel dalam suatu bidang dan keefektifannya secara keseluruhan.

  •  Ulasan artikel menyajikan lebih dari satu pendapat. Respon haruslah  menggunakan idea, teori yang diperolehi  daripada penelitian anda sendiri. Kritikan terhadap artikel haruslah berdasarkan pada bukti dan pemikiran yang mendalam.  Ulasan artikel hanya diperolehi daripada penelitian pengarang. 
2. Fikirkan struktur ulasan artikel.

 Sebelum mula membaca artikel yang akan diulas, anda perlu memahami bagaimana ulasan artikel akan disusun. Hal ini akan membantu anda untuk memahami bagaimana cara membaca artikel sehingga boleh menulis ulasan yang efektif. Ulasan akan disusun dalam bahagian-bahagian berikut:

  • Meliputi keseluruhan artikel. Fokuskan kepada aspek-aspek, penegasan, dan maklumat yang penting.
  • Bincangkan aspek-aspek positif untuk artikel ini. Fikirkan apa yang boleh membuat pengarang menulis dengan baik, aspek-aspek bagus yang boleh diambil, dan penelitian yang mendalam. 
  •  Cari maklumat mengenai data atau penelitian di dalamnya untuk menyokong penegasan pengarang. Carilah pertanyaan-pertanyaan yang tidak terjawab yang ada di dalam artikel. 
3. Pelajari dahulu artikel yang dipilih. 

Contohnya bermula dengan mempelajari tajuk, abstrak, pendahuluan, ayat-ayat pembuka tiap perenggan, dan kesimpulan. Langkah-langkah ini membantu anda untuk mula mengenalpastikan setiap maksud dan aspek-aspek utama pengarang. Lalu baca artikel seluruhnya. Jika Anda baru pertama kali membacanya, carilah keseluruhan apa yang dibincangkan dan tujuan artikel tersebut dibuat.
  • Buatlah catatan tentang kata-kata atau masalah yang tidak  difahami dan pertanyaan-pertanyaan yang belum terjawab.
  • Carilah erti istilah atau konsep yang asing bagi supaya anda boleh memahami artikel tersebut sepenuhnya.




4. Bacalah artikel dengan teliti. 

Bacalah artikel dua atau tiga kali. Catatan bahagian-bahagian yang penting hendaklah digariskan. 
  • Hubungkan apa yang anda baca dalam artikel dengan pengetahuan sedia ada berkaitan dengan topik tersebut. Fikirkan hal-hal yang telah dibincangkan di kelas atau artikel-artikel lain yang telah dibaca. 
  • Perhatikan dengan teliti maksud artikel tersebut. Pastikan anda benar-benar memahaminya. Satu-satunya cara untuk menulis ulasan artikel yang baik adalah memahami artikelnya.
5. Tulis dengan apa mengulang apa yang ada di dalam artikel. 

Bahagian in adalah bahagian yang penting dalam penulisan ulasan jurnal. Anda boleh menulisnya dalam bentuk perenggan yang bebas . Mulailah dengan menulis apa yang ada di dalam artikel. Ini bermaksud anda mengulang semula kandungan di dalam artikel dengan menggunakan ayat yang diolah sendiri. Fokus kepada perbincangan, penelitian, dan penegasan yang ada pada artikel. Pastikan untuk memasukkan semua aspek-aspek penting. 
  • Dengan kaedah lain, buatlah garis besar mengenai aspek-aspek utama dalam artikel, penelitian pengarang, atau perbincagan. Garis besar ini merupakan pernyataan tentang  aspek-aspek utama artikel .
  • Setelah menulis dengan mengulangi isi kandungan artikel, cari  bahagian-bahagian daripada artikel yang ingin dibahaskan dalam ulasan anda. Anda boleh memberikan fokus kepada pendekatan teori, isi artikel, persembahan atau menterjemahkan bukti mahupun gaya artikel. Anda perlu membahas masalah-masalah utama dalam artikel, namun hendaklah berlandaskan kepada aspek-aspek tertentu juga. Hal ini berguna jika anda ingin memfokuskan ulasan pada isi artikel. 
  • Ulaslah mengenai rangkuman isi untuk menghilangkan hal-hal yang tidak perlu. Perbicangan atau maklumat tambahan yang kurang penting hendaklah dihapuskan.
6. Masukkan pendapat anda.

 Ulas tiap aspek dalam  artikel untuk mengetahui adakah pengarang sudah membuat artikel yang kukuhdan jelas. Tulislah semua hal tentang penulisan yang efektif, kandungan baru pada bidang tersebut, juga bahagian-bahagian artikel yang memerlukan penambahbaikan. sediakan kekuatan dan kelemahan. Gunakan analisis SWOT. Kekuatan artikel misalnya adalah kesimpulan yang jelas dari suatu masalah tertentu. Kelemahan artikel pula misalnya adalah tidak menawarkan maklumat atau penyelesaian baru. Gunakan contoh dan rujukan yang spesifik. Contohnya, artikel tersebut mungkin telah melaporkan fakta-fakta penelitian yang mengelirukan. Tulislah pemerhatian ini dan carilah fakta-fakta penelitian tersebut untuk menegaskan pemerhatian anda. 

7.Simpulkan ulasan artikel.

Dalam sebuah perenggan, rangkuman tentang aspek-aspek utama artikel, juga pendapat tentang ketepatan, kepadatan dan kejelasan. Jika relevan, berikan pula komen tentang saranan-saranan untuk penelitian atau pembahasan selanjutnya dalam bidang tersebut. Kesimpulan ini hanya boleh dibuat sekitar 10% dari keseluruhan tulisan. 





GOOD LUCK !


1 comment: